HOME | SUBSCRIBE | SITE MAP | TERMS
YOUR SELECTOR: Currently empty

ISKRA COMPETITION
   
 

PJL Diesel Electric – Maklumat Syarikat

PJL Diesel Electric (PJL) yang ditubuhkan pada tahun 1992 oleh sebuah kumpulan bersaudara, merupakan pakar dalam keluaran elektrik kendaraan yang sesuai bagi peralatan diesel tugas berat untuk penggunaan pertanian, perkapalan, perlombongan, pengangkutan dan luar jalan. PJL memperoleh kelauran dari serata dunia dan menjual pilihan keluaran yang komprehensif secara borong ke seluruh Australia dan Asia.

Kebanggaan operasi syarikat kami masih merupakan penekanan pada perkhidmatan pelanggan, pengetahuan keluaran dan pilihan unik pelbagai keluaran bermutu yang telah menjadikan kami suatu daya yang makin berkembang dalam pembekalan peralatan elektrik diesel.

Jika anda mencari pembekal peralatan elektrik kendaraan bertaraf dunia yang profesional dan berdaya saing, hubungilah PJL Diesel. Mengapa? Inilah empat alasan yang baik:

1. Pilihan Keluaran Kami

PJL menawarkan pilihan komprehensif untuk jenama terkemuka bagi segala keperluan elektrik kenderaan diesel anda. Dari pemula dan pengulang-alik sampai peralatan suis, alat keselamatan dan lampu, kami mempunyai keluaran tepat yang anda perlukan, dalam stok kami dengan harga yang kompetitif.

Kami menjual lebih daripada 5,000 barangan dalam stok, yang meliputi:

  • Motor pemula dan barang ganti
  • Pengulang-alik dan barang ganti
  • Motor arus terus dan barang ganti
  • Perlindungan litar: pemutus litar, fius dan pemegang fius
  • Suis: solenoid, geganti, penyala, bateri dan suis togel
  • Kawat dan aksesori: kabel, plag dan soket, simpangan, terminal dan peralatan
  • Perlindungan kawat: konduit, pengikat kabel, insulasi dan penyalut
  • Peralatan keselamatan: alarm arus lawan, pendengung, jarum penduga pendingin
  • Pengurang voltan: switch-mode, litar tunggal dan multi
  • Lampu: rambu, lampu halogen dan HID, kanta, mentol

Jenama kami yang terkemuka memberi keyakinan, prestasi dan kepercayaan.

Kami juga dapat memperoleh barangan lain yang tidak termasuk dalam stok, daripada banyak pembekal kami di serata dunia.

2. Kumpulan Pakar Kami

Kami memberi pengetahuan, ketepatan dan prestasi yang konsisten pada setiap tahap urusan kami dengan anda. Kakitangan penjualan kami dipilih kerana pengertian teknikal mereka yang kuat, dan banyak antara mereka merupakan tukang elektrik kendaraan yang berkelulusan. Maka apabila anda menghubungi kami, anda akan berurusan dengan pakar yang memahami keperluan anda.

3. Perkhidmatan Kami yang Profesional dan Dapat Diharapkan

Kami terletak berdekatan dengan daerah pengangkutan utama dan dapat mengirim pesanan yang besar mahupun yang kecil setiap hari. Kami juga dapat menggabungkan kiriman anda jika perlu (prabayar atau merujuk angkutan).

4. Lokasi Kami

Ibu pejabat PJL di Perth, Western Australia hanya tiga jam perjalanan udara dari Indonesia, lebih dekat berbanding dengan pantai timur Australia. Lapangan terbang domestik & antarabangsa serta pusat pengangkutan utama semuanya berada beberapa kilometer dari gudang kami, maka kami dapat mengirim pesanan kepada anda apabila anda inginkan. Kami juga mempunyai pejabat di Melbourne.

Hubungilah PJL Diesel Electric

Kontak: Scott Montgomery
Tel.: +61 8 9258 7555
E-mel: smontgomery@pjldiesel.com.au

    © Copyright PJL Diesel Electric Pty Ltd 2007 | Site by drumbeat